Askum,
Dekat seminggu tak mencoret di sini. Agak busy cikit di opis. Buka blog, bc blog orang hilang boring, sebab hati rasa terbuku.
Betul ke terbuku atau hati dah berada di kampung. Yahoo, raya haji nanti, balik kampung walaupun sekejap. Tiket dah confirm walaupun dekat 2 minggu mama follow up call IPK tny status mcm2. Durian runtuh mama dah dapat, syukur la walaupun lari sikit daripada pengiraan asal. Kawan2 pun terkejut dengan nilai yang mama dapat. Pelik, tapi tunggu penyata datang, kalu ada xpuas hati, kita rujuk bila ada penyata ya.
Sekarang membilang hari untuk balik. Buah tangan dari Sibu belum beli lagi. Plan nya nak bawak balik Kek Lapis, nk oder dengan orang dalam IPD je, tapi belum tny lagi. Sebabnya belum plan nak beli kek jenis apa.
Persiapan untuk akikah isya xbuat apa2. Pakai redah je la. Mama cuma dah terbayang kemeriahan raya haji kami di kampung nanti. Cik Mie dah siap bagitahu TOk Wan dah plan nak buat lemang, sate, nasi impit segala raya nanti. Tebus balik sebab raya puasa anak2 xde balik, so raya haju semua balik. Jadi kita bergembira la. Raya kedua, program akikah Isya dan Cik Mie pun buat korban. So, mama boleh mkn daging lembu segar puas2. Susah nak cari di Sibu, harga mencekik punyer.
Dalam hati mama nie, dah plan raya ketiga nak pegi pantai, nak berpiknik dengan adik2. Tapi belum bagitahu lagi, JAdual dalam otak mama ni memang pack dengan aktiviti sebab balik sekejap je. Papa xdpat cuti panjang. Hingga hujung bulan Okt je. Plan nak singgah KL jugak. Hope semua yang terancang akan terlaksana. Plan nak shopping n jalan2 di sekitar Wakaf Che Yeh n rantau panajng lagi. Nak shopping kain pasang segala mak nenek tudung fesyen baru. Mesti malam raya mama akan mulakan operasi. Papa dan adik2 yang lain ,bersedia la.
Tiket dah confirm, kami akan balik pada 25 hb , flight dr SIBU-KL jam 1125 pg, transit KLIA, pastu jam 1425 ptg, KL-KB. So, memang sekejap je transit nya. Yang paling lemau, tgk flight nak balik Sibu, huhuhuhu, kalu xjadi singgah KL, maknanya flight kami KB-KL-Sibu bermula 0645 pg dr KB , pastu jam 0855 dh bertolak ke Sibu. Jam 11 kami dah terpacak di Sibu. Huhuhu, betapa awalnya kena meninggalkan bumi Kelantan, semata2 nak mengejar flight ke Sibu kerana MAS hanya ada satu trip je ke Sibu tiap hari dan flight yang sama akn berlepas ke KL jam 1125 pg. Bayangkan , sayang cuti terbuang je mcm tue. 2 hari utk perjalanan sahaja.
Tapi satu peristiwa yang buat mama terkilan sangat adalah sesuatu di pejabat. Sebenarnya, semalam ada perjumpaan KTa yang berada dalam projek NKRA, semua nama orang lain ada kecuali mama, dan xde orang perasan pun nama mama tercicir. Sedih betul kan. Walaupun mama suka sebab xyah pening2 nak tinggalkan isya yang masih bergayut dkt mama tu, tapi hati ni sedih je bila xde orang pun perasaan keciciran nama mama. Sedih tak bila dah 2 tahun kerja di Sibu, tapi tiap kali ada perjumpaan, mesti orang asyik tny KTA baru ke?? Tak pernah nampak pun. Nak kata mama nie kurang bersosial, perjumpaan/ ceramah/mesyuarat, semuanya mama join. Huhuhu, sedih nya hati ini. Kita yang penat bekerja di pejabat, kadang2 orang lain yang dapat NAMA.
Cukup la, bebel di sini, nanti papa baca, soh remove or buang perenggan yang xbaik utk dikongsi. Cuma sekadar meluahkan yang tersirat di hati. Xbanyak pun xkisah. asalkan ringan sikit.
p.s :// kedai online mama masih berjalan cuma xsempat nak promote, kawan2 boleh LIKE ya page mama nie, produk makanan SUNNAH yang mama tawarkan. Produk terbaru akan di kemaskini sentiasa. Ada promosi masih ditawarkan sepanjang OKtober.
KLIK Kedai Serbanika MamaQQ

1 comment:
apa kak? raya haji? laju btl akak planning. hehe.
Post a Comment